Wall Street melonjak lebih 2.0% - Utusan Malaysia

Wall Street melonjak lebih 2.0%

Wall Street melonjak 2.0 peratus selepas merudum berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Indeks utama Wall Street melonjak lebih 2.0 peratus pada Selasa apabila pelabur memperoleh saham pertumbuhan oleh syarikat-syarikat besar serta syarikat tenaga selepas pasaran saham merudum minggu lalu berikutan kebimbangan mengenai kemelesetan global.

Kesemua 11 sektor utama S&P 500 meningkat apabila saham melantun semula secara meluas selepas indeks penanda aras minggu lalu mencatatkan penurunan peratusan mingguan terbesar sejak Mac 2020.

Pelabur cuba menilai sejauh mana saham boleh jatuh kerana mereka mengimbangi risiko kepada ekonomi dengan Rizab Persekutuan (Fed) mengambil langkah agresif untuk cuba mengurangkan inflasi yang melonjak.

S&P 500 awal bulan ini jatuh lebih 20 peratus daripada paras tertinggi sepanjang Januari, mengesahkan pasaran di mana harga saham jatuh dan menggalakkan jualan.

Ketua Strategi Pasaran Global Invesco, Krisitna Hooper berkata, kita akan melihat lebih banyak turun naik.

“Saya rasa ia adalah satu petanda yang baik untuk melihat minat pelabur,” katanya.

Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 641.47 mata atay 2.15 peatus dan S&P 500 menokok 89.95 mata atau 2.45 peratus paada 3,764.79.

Nasdaq Composite menambah 270.95 mata atau 2.15 peratus pada 11,069.30.

Sektor tenaga, sektor S&P 500 yang mendapat keuntungan tertinggi tahun ini melonjak 5.1 peratus selepas jatuh minggu lepas. Setiap sektor memperoleh sekurang-kurangnya 1.0 peratus.

Saham Apple Inc., Tesla Inc., dan Microsoft Corp semuanya meningkat kukuh memberikan rangsangan terbesar kepada S&P 500. Apple meningkat 3.3 peratus, Tesla melonjak 9.4 peratus dan Microsoft menaik 2.5 peratus.

Fed pada minggu lalu telah meluluskan kenaikan kadar faedah terbesarnya dalam lebih suku abad untuk membendung lonjakan inflasi.

Pelabur menumpukan perhatian kepada penerangan Pengerusi Fed Jerome Powell kepada Jawatankuasa Perbankan Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah masa depan dan pandangan terbaharunya mengenai ekonomi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Horizon Investment Services berkata, pelabur cuba menganggar sejauh manakah Fed akan agresif.

“Itu adalah satu persoalan yang sukar dijawab sekarang kerana mereka akan melihat apa yang berlaku kepada inflasi,” katanya.

Sementara itu, Goldman Sachs kini menjangkakan 30 peratus peluang ekonomi AS ke arah kemelesetan pada tahun depan, meningkat daripada ramalan sebelumnya sebanyak 15 peratus. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya