The BrandLaureate umum, rai pemenang anugerah

The BrandLaureate umum, rai pemenang anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: The World Brands Foundation (TWBF) baru-baru ini telah meganjurkan The BrandLaureate SMEs BestBrands Awards 2022 dan The BrandLaureate Prominent Awards 2022, untuk meraikan jenama-jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang hebat dan berjaya dalam mengharungi tempoh pandemik Covid-19.

Ia bagi menghargai mereka yang tabah dan bertahan membina jenama, mengangkat ekonomi dan membantu rakyat yang memerlukan. 

Sehubungan itu, tema rasmi The BrandLaureate SMEs BestBrands Awards 2022 disesuaikan khas untuk PKS – Never Give Up on your QUEST for your BRAND. I AM BACK! The BrandLaureate mengalami masa yang mencabar semasa pandemik tetapi organisasi itu tidak pernah berputus asa untuk kekal dalam posisi.

Take Your Brand To Prominent For Brand Dominance pula adalah tema rasmi untuk anugerah The BrandLaureate Prominent Business BestBrands Awards 2022.

Jenama mesti diterajui oleh pemimpin jenama yang kuat dan benar-benar komited jika ingin menjadi menjadi yang terbaik di dunia.

Jenama terkemuka adalah kuat, berjaya, mampan – mereka diiktiraf dan dihormati kerana nilai jenama positif mereka serta menjadi pemimpin industri dan menjadi pilihan pengguna.

Penjenamaan mesti menjadi misi utama yang dimasukkan dalam semua strategi dan inisiatif perniagaan supaya keunggulan dan dominasi tercapai.

Oleh itu, memahami kepentingan penjenamaan adalah penting jika jenama itu ingin memecahkan sempadan untuk berkembang maju. 

Sejajar dengan misi TWBF untuk mengembangkan The BrandLaureate BestBrands Awards di peringkat global, The BrandLaureate memperluaskan penganugerahan untuk mengiktiraf jenama pada skala yang besar.

Sebanyak10 Pengerusi Penganjur telah dilantik pada 24 Februari 2022 di The BrandLaureate Bumiputera dan World Halal BestBrands Awards 2022 dan 10 lagi Pengerusi Penganjur dari pelbagai industri telah dilantik baru-bARU INI.

Tetamu Kehormat pada majlis baru-baru ini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid.

Penaja utama majlis makan malam Gala Anugerah adalah RF3, pengasas RF3.

Sementara Datuk Seri Nazeri Omar telah menerima The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 – ICON of SMEs dan syarikatnya RF3 menerima The BrandLaureate Prominent Business BestBrands Awards 2022 dalam kategori Rangkaian Pemasaran. 

The BrandLaureate BrandLeadership Award 2022 – CEO of the Year dianugerahkan kepada Datuk Julaini Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Widad Facility Management Sdn. Bhd. 

The BrandLaureate SMEs BestBrands Awards 2022 merangkumi, Entrepreneur of the Year Awards, CEO of the Year Awards, Brand of the Year, Best Choice Brand, Most Valuable Brand, Brand Influencer, Business Leadership dan Strategic Business Partner.

Beberapa penerima termasuk, UDA Holdings, The Olive Tree, Kings College, Bubble Gum X, One Medicare dan banyak lagi.

The BrandLaureate World Prominent Business BestBrands Awards telah dianugerahkan kepada Nutriplus, Blue Toms, Aurora Italia dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai The BrandLaureate Awards, lawati www.thebrandlaureate.com UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.