TDM optimis pertumbuhan tahun ini - Utusan Malaysia

TDM optimis pertumbuhan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TDM Berhad optimis mengenai prospeknya disokong oleh pertumbuhan daripada segmen utamanya, iaitu perladangan dan penjagaan kesihatan, untuk tahun kewangan semasa.

Pengerusinya, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin berkata, melangkah ke tahun kedua Pelan Perniagaan Strategik lima tahun syarikat, Kumpulan TDM lebih giat memanfaatkan trend makro yang menggalakkan dalam kedua-dua industri perladangan dan penjagaan kesihatan.

“Setakat ini, pihak TDM telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam rancangan pengembangan strategik syarikat dan usaha untuk mencipta nilai daripada aset sedia ada.

“Melihat kepada tahun kewangan 2022, TDM yakin untuk terus kekal membina momentum positif daripada keputusan operasi TK2021 yang kukuh. 

“Dengan sokongan enjin pertumbuhan berkembar perladangan dan penjagaan kesihatan, pihak syarikat bersiap sedia untuk mencipta nilai yang lebih baik bagi para pemegang saham melalui sasaran masa hadapan,” katanya dalam kenyataan. 

Bercakap mengenai segmen perladangannya, TDM juga bekerjasama rapat dengan pihak-pihak terlibat dalam memuktamadkan cadangan pelupusan dua anak syarikat di Indonesia yang mengalami kerugian sejak tahun pertama pengeluaran dan pengambilalihan.

Ujarnya, ini adalah satu langkah positif kerana pelupusan tersebut akan menjana tunai RM115 juta, mengurangkan pinjaman dan menambah baik keperluan modal. 

Tambah beliau, daripada mengekalkan operasi yang merugikan, TDM akan menggunakan sumber syarikat untuk memperkukuhkan perniagaan di Malaysia yang menjana pulangan positif.

Kumpulan TDM telah mendapat manfaat daripada kenaikan mendadak harga purata jualan minyak sawit mentah (CPO) yang meningkat daripada RM2,822 satu tan metrik (MT) pada 2020 kepada RM4,447 satu MT pada 2021.

 Pada suku pertama 2022, harga purata jualan CPO melonjak lebih tinggi kepada RM5,904 satu MT.

Sementara itu, Raja Idris memberitahu, dalam segmen penjagaan kesihatannya, pandemik global dan populasi yang semakin menua di Malaysia telah meningkatkan keperluan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.

“Oleh itu, pihak syarikat merancang untuk memperluaskan liputan perkhidmatan melalui pengembangan brownfield dan greenfield. 

“Syarikat baru-baru ini telah selesai mengambil alih Tawau Specialist (TSH), yang kini dikenali sebagai KMI Tawau Medical Centre (KMI Tawau) berikutan pelan pasca pengambilalihan Kumpulan, di bawah strategi sedemikian,” katanya lagi. 

Semasa mesyuarat, pemegang saham TDM telah meluluskan dividen akhir satu peringkat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 sebanyak 0.35 peratus daripada 1,722,881,001 saham biasa. 

Pertumbuhan dan kecekapan operasi syarikat telah mendorong kepada pembayaran dividen sebanyak RM6 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya