Snowfit mulakan dagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia

Snowfit mulakan dagangan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia

Majlis penyenaraian Snowfit di Bursa Securities.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Snowfit Group Berhad (Snowfit), pembekal peralatan urut dan kesihatan serta instrumen muzik dan aksesori, mula disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Bhd. semalam, dengan mencatatkan premium empat sen apabila dibuka pada 16 sen sesaham berbanding dengan harga rujukan 12 sen.

Kira-kira 30,000 saham didagangkan semasa pembukaan.

Bagi Bursa Malaysia, penyenaraian itu merupakan yang ke-14, sementara yang kedua untuk Pasaran LEAP setakat ini bagi 2022.

Sebelum penyenaraian syarikat itu, sebanyak 29 pelabur termasuk pemegang saham utama, pengarah dan kakitangan pengurusan utama telah melanggan 21.1 juta saham baharu Snowfit yang mewakili 10 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan pada harga langganan 12 sen sesaham.

Pengasas dan Pengarah Urusan Snowfit, Low Cheng Yong berkata, penyenaraian tersebut membolehkan syarikat terus mengukuhkan kehadiran dalam pasaran domestik dengan memanfaatkan pertumbuhan yang dijangkakan industri peralatan urut dan kesihatan di Malaysia.

“Industri yang berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 23.4 peratus, daripada RM90.4 juta pada 2016  dianggarkan RM209.6 juta pada 2020 diramalkan berkembang pada CAGR sebanyak 19.5 peratus antara 2021 dan 2023, daripada RM242.1 juta kepada RM345.6 juta.

“Melihat kepada kerancakan industri peralatan urut dan kesihatan di Malaysia, kami percaya perlu memberi tumpuan kepada segmen peralatan urut dan kesihatan untuk meluaskan peluang. Justeru, kami berhasrat untuk hentikan operasi segmen alat muzik dan aksesori kami sebaik sahaja habis menjual baki stok,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan harga langganan, kumpulan telah menaikkan hasil kasar sebanyak RM2.53 juta. Daripada RM2.53 juta jumlah hasil kasar, kira-kira RM0.40 juta telah diperuntukkan untuk penubuhan bilik pameran di Perak dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada usaha Kumpulan untuk mendekati pasaran di wilayah utara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN