SKS Airways tingkat kekerapan penerbangan - Utusan Malaysia

SKS Airways tingkat kekerapan penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan SKS Airways melancarkan penerbangan komersial berjadual ke Pulau Redang and Pulau Tioman sejak 31 Januari dan 1 Mei lalu telah merancakkan lagi industri pelancongan domestik negara.

Justeru, syarikat penerbangan itu akan menambah kekerapan kepada dua kali sehari bagi penerbangan ke dua pulau tersebut bermula 1 Julai sehingga 29 Oktober depan.

Pengarahnya, Datuk Rohman Ahmad berkata, SKS Airways bukan hanya mendapat sambutan pelancong tempatan malah menarik minat para pelancong asing yang berkunjung di Malaysia dan seterusnya bercuti ke Pulau Redang dan Pulau Tioman berikutan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa.

“Perkembangan positif ini diharap berterusan. Selaras dengan itu, beberapa penambahbaikan juga akan dilaksanakan pada masa hadapan termasuk melancarkan modul ‘flight+hotel booking’ dan pakej percutian SKS Airways ke Pulau Redang dan Pulau Tioman. 

“Pihak kami mengalu-alukan kerjasama dengan industri yang terlibat seperti hotel, resort, agensi pelancongan dan jabatan pelancongan dalam mempromosikan destinasi pelancongan domestik,” katanya dalam kenyataan.

Menggunakan pesawat 19 penumpang, DHC6-300 Twin Otter, yang terbang dengan purata ketinggian 10,000 kaki, SKS Airways menawarkan pengalaman percutian pulau di mana penumpang dapat menikmati pemandangan luar yang menarik dari dalam pesawat sepanjang perjalanan.

Ia turut menawarkan kemudahan seperti penerbangan terus dari Lapangan Terbang Subang, jadual penerbangan yang sesuai dan  mengelakkan kesesakan lalu lintas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.