Shell Malaysia labur dalam ParkEasy

Shell Malaysia labur dalam ParkEasy

Seow Lee Ming dan Ketua Pegawai Eksekutif Pixelbyte, Warren Chan menunjukkan dokumen pemerolehan saham oleh Shell.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. bersetuju untuk memperoleh 50 peratus pegangan saham dalam Pixelbyte Sdn. Bhd, pengendali aplikasi ParkEasy.

ParkEasy merupakan aplikasi mudah alih yang bukan sahaja membenarkan pemandu meletak kenderaan dengan pantas di pusat beli-belah dan lokasi lain, tetapi juga satu-satunya perkhidmatan di Malaysia yang akan menawarkan slot pra-tempah untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Pelaburan itu akan menjadi pelaburan pertama Shell dalam syarikat permulaan teknologi tempatan Malaysia. Pelaburan itu memberikan Shell laluan segera ke platform tempat letak kereta dan e-mobiliti yang mantap di Asia Tenggara.

Perjanjian itu dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2022.

Mengulas mengenai perjanjian itu, Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti Shell, Seow Lee Ming berkata, menyahkarbonisasi mobiliti dan membolehkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan melalui inovasi digital adalah teras kepada strategi Kemajuan Penjanaan Shell.

“Kami berhasrat untuk membuat pelaburan yang akan membantu melayani pelanggan kami dengan lebih baik melalui peralihan tenaga dan tekanan kehidupan moden. Kami menghargai peluang ini untuk bekerjasama dengan syarikat baharu Malaysia, dan percaya kekuatan gabungan akan membantu kami membangunkan produk dan perkhidmatan mobiliti yang unggul untuk pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Shell, ParkEasy akan terus beroperasi di bawah pengurusan dan nama sedia ada.

Jelasnya, sepanjang tiga tahun lalu, ParkEasy telah mengembangkan perniagaannya daripada aplikasi tempahan tempat letak kereta dengan menyertakan tawaran lain seperti penjualan penyelesaian parkir pintar dan sistem pengurusan ruang pengecasan kenderaan elektrik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksektuif Pixelbyte, Warren Chan berkata, di ParkEasy, syarikat sentiasa mencari cara baharu yang lebih mudah untuk orang ramai menikmati pengalaman tempat letak kereta yang dipertingkatkan.

“Kami teruja mempunyai Shell sebagai rakan kongsi, terutamanya kerana mereka menyokong visi dan kepercayaan kami bahawa orang ramai harus sentiasa menggunakan sumber paling berharga, masa, untuk perkara yang benar-benar penting bagi mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN