Sasar 100,000 anak muda dibantu urus kredit menerusi SKMI - Utusan Malaysia

Sasar 100,000 anak muda dibantu urus kredit menerusi SKMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 100,000 anak muda disasarkan dapat dibantu menerusi aplikasi pengurusan kredit, Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) sebagai perunding penasihat untuk menguruskan kewangan masing-masing.

Inisiatif yang diusahakan julung kali oleh firma perunding hartanah, SEDIMI Capital dan CTOS Data Systems Sdn Bhd itu bertujuan memeriksa kredit skor seseorang agar pemohon boleh mendapatkan kefahaman lebih teliti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SEDIMI, Max EE berkata, dengan kemudahan aplikasi yang disediakan, pemohon boleh mendapatkan informasi lebih tepat status kewangan mereka sekali gus mengalakkan lebih ramai anak Malaysia mampu memiliki rumah pertama di negara ini.

“Inisiatif ini dapat menguruskan aliran tunai dengan berkesan dan membuat kawalan bagi mengelakkan berbelanja berlebihan.

“Ia boleh menjamin seseorang mempunyai rizab tunai yang mencukupi untuk digunakan sekiranya berlaku perbelanjaan yang tidak dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran SKMI semalam oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Muttalib.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn. Bhd, Eric Chin pula berkata, CTOS berbesar hati menjadi sebahagian daripada program SKMI seiring dengan matlamat tanggungjawab sosial korporat pihaknya untuk memacu pemerkasaan kewangan melalui pengetahuan dan kesedaran. 

“SKMI adalah inisitif baik bagaimana sektor swasta boleh berganding bahu bagi menyokong agenda kerajaan untuk mempergiatkan pendidikan pengurusan kewangan serta meningkatkan tahap celik kewangan untuk semua. 

“Usaha bersama ini akan membantu untuk melengkapkan warga muda Malaysia dengan pengetahuan kewangan lebih baik bagi membolehkan mereka memiliki rumah pertama mereka,” katanya.

SKMI boleh disertai semua rakyat Malaysia kecuali yang mempunyai status bangkrup.

Sebarang info lanjut mengenai SKMI layari www.sedimi.com/skmi – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN