PUTRAJAYA: Lima negeri merekodkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik berbanding pencapaian 3.1 peratus dicapai pada peringkat nasional. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Pulau Pinang mengungguli prestasi KDNK tertinggi dengan 6.8 peratus diikuti Selangor (5.0 peratus), Terengganu (3.6 peratus), Perak (3.5 peratus) dan Kedah (3.2 peratus). Beliau berkata, prestasi itu disokong pemulihan pada peringkat nasional dimana kesemua negeri mula menunjukkan pertumbuhan dan…