PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus komited membantu graduan yang merupakan peminjam PTPTN menerusi Program Graduate Executive Marketer for Simpan SSPN Plus (GEMS). Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terlibat secara langsung untuk menjayakannya. PTPTN dalam kenyataan berkata, program itu adalah sebagai tanda cakna dan prihatin PTPTN sebagai tabung pendidikan utama negara terhadap peminjam PTPTN. Ujarnya, ia…