PCG bakal hasilkan Maleic Anhydride

PCG bakal hasilkan Maleic Anhydride

MOHD. YUSRI MOHAMED YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) telah menandatangani perjanjian dengan syarikat usaha samanya (JV), Basf Petronas Chemicals Sdn. Bhd. (BPC), untuk mengambil alih loji 113 kilo-tan setahun (ktpa) Maleic Anhydride (MAn) yang terletak di Gebeng, Kuantan.

Loji MAn ditutup oleh BPC sebelum ini berikutan langkah penjajaran semula portfolio produk yang membawa kepada penutupan kekal loji Butanediol (BDO) dan derivatifnya.

Dengan pengambilalihan itu, PCG akan menggunakan semula loji tersebut dengan memperbaharui dan menaik taraf kemudahan itu untuk menghasilkan MAn yang berkualiti tinggi agar lebih sesuai untuk industri makanan dan farmaseutikal.

PCG kini sedang menjalankan penilaian terperinci, yang dijangka siap pada suku pertama 2023 dan tertakluk kepada kelulusan akhir, loji itu disasarkan siap pada separuh pertama 2025.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, kemudahan bersepadu pihaknya sekarang akan memastikan bekalan bahan mentah (feedstock) yang kompetitif dan terjamin ke loji.

“Di samping itu, kedekatan loji dan pasaran sasaran kami yang dikenal pasti di benua kecil Asia Pasifik dan India akan membolehkan kami menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Pengambilalihan tersebut akan membolehkan PCG meluaskan portfolio produk terkini dan mengukuhkan tumpuannya untuk mempelbagaikan ke dalam derivatif dan bahan kimia yang berbeza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×