PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan scam atau penipuan menggunakan telefon. Jelasnya, baru-baru ini pihaknya mengesan penipuan di mana seorang pemanggil telah memperkenalkan dirinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia untuk meminta derma. Menurut Bursa Malaysia, pihaknya tidak memberi kuasa kepada sebarang aktiviti tidak berlesen, atau mana-mana Ahli Lembaga atau kakitangannya meminta sebarang sumbangan atau derma melalui telefon, panggilan WhatsApp, mesej teks…










