Kos pengeluaran MSM dijangka terus meningkat

Kos pengeluaran MSM dijangka terus meningkat

Kemasukan semula sawit Indonesia ke pasaran eksport telah menurunkan harga komoditi itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus melonjak pada masa akan datang berikutan kenaikan harga baja hampir dua kali ganda akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Belarus dan Russia.

Menurut AmInvestment Bank Research, kos pengeluaran MSM bagi suku pertama 2022 mencatatkan peningkatan dan ia bukan sahaja disumbangkan oleh kenaikan gaji dan harga baja global.

Firma itu berkata, kos penghasilan MSM Sime Darby Plantation (kos kepada pelanggan) melonjak kepada RM2,300 satu tan pada suku pertama 2022 daripada RM1,900 untuk satu tan tahun lalu.

“Genting Plantation menjangkakan kos pengeluaran bagi setiap tan meningkat kepada RM2,200 satu tan pada bagi tahun kewangan 2022 berbanding RM1,900 bagi setiap tan tahun sebelumnya.

“Kos keseluruhan pengeluaran Genting Plantation pada suku pertama 2022 meningkat kepada RM2,075 satu tan berbanding RM1,980 satu tan pada suku sama tahun lalu,” katanya dalam satu nota kajian.

Firma itu berkata, disebalik harga pengeluaran yang tinggi, kebanyak hasil yang diperoleh pada suku pertama 2022 berjaya mencapai jangkaan mereka kecuali Genting Plantation.

Ujarnya, pendapatan kumpulan itu adalah di bawah konsensus kerana sumbangan daripada pendapatan aktiviti hiliran lebih rendah berbanding jangkaan.

“Kami menaikkan unjuran harga purata MSM bagi tahun ini untuk pengeluar berskala besar kepada RM4,500 satu tan berbanding RM4,000,” katanya.

Firma itu juga yakin harga MSM dan harga saham syarikat perladangan mencerminkan perkara positif dalam sektor sawit seperti perang Ukraine dan dasar larangan eksport Indonesia.

“Pengeluaran MSM di Malaysia dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh kehadiran semula pekerja asing dan faktor bermusim.

“Selepas mengambil kira situasi yang berlaku di dalam sektor ini, kami mengekalkan saranan ‘underweight’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN