SINGAPURA: Kapal persiaran mewah, Genting Dream kendalian Resorts World Cruises, tiba di Marina Bay Cruise Centre Singapore (MBCCS) petang semalam dalam persiapannya untuk melakukan pelayaran komersial pertama pada 15 Jun ini. Sebagai kapal persiaran peranginan pertama tiba di pelabuhan Singapura, Genting Dream akan menyediakan pelancong dengan pengalaman gaya hidup pelayaran eksklusif, dipenuhi dengan pelbagai tawaran antarabangsa yang menarik. Resorts World Cruises akan menyediakan pengembaraan pelayaran terbaik di atas Genting Dream,…