Ekonomi Malaysia diunjur sederhana - Utusan Malaysia

Ekonomi Malaysia diunjur sederhana

KADAR pelancongan di Kuala Lumpur semakin meningkat mengikut tinjauan Trip.com - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi Indeks Pelopor (IP), alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan, menyederhana kepada 0.5 peratus pada April, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan negatif yang dicatatkan pada bulan dikaji adalah lebih baik daripada -1.4 peratus yang direkodkan pada Mac 2022.

“Penurunan dalam IP dipengaruhi terutamanya oleh kemerosotan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan disebabkan oleh penurunan permohonan daripada pemaju pada bulan tersebut.

“Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, IP menyusut kepada negatif 0.5 peratus disebabkan oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-1.4 peratus), bilangan syarikat baru didaftar (-0.5 peratus) dan indeks perusahaan Bursa Malaysia (-0.3 peratus).

“Walaupun IP perlahan pada bulan rujukan, hala tuju yang ditunjukkan oleh IP terlicin kekal menggalakkan dengan konsisten melebihi arah aliran jangka panjang dan mencatatkan mata indeks yang lebih baik.

“Itu menunjukkan bahawa halatuju trend pemulihan ekonomi Malaysia bertambah baik. Namun begitu, isu inflasi dan kenaikan harga komoditi perlu diberi perhatian dengan mengambil kira situasi global,” katanya dalam kenyataan.

Bagi Indeks serentak (IS) yang mengukur prestasi ekonomi semasa secara keseluruhan, Mohd. Uzir berkata, ia semakin meningkat sejak Februari 2022, mencerminkan peningkatan dalam aktiviti ekonomi dengan pengoperasian lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial pada kapasiti penuh.

“IS terus meningkat sebanyak 5.3 peratus tahun ke tahun untuk mencapai 120.3 mata pada April 2022. 

“Berasaskan bulanan, pertumbuhan IS meningkat kepada 2.0 peratus pada bulan rujukan berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan ketara dalam indeks kuantiti perdagangan runcit (1.6 peratus).

“Berhubung dengan tempoh rujukan bagi kitara perniagaan di Malaysia, IS mengesan kemelesetan akibat pandemik Covid-19 bermula pada Februari 2020 dan berakhir pada Julai 2021,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya