PETALING JAYA: Bintai Kinden Corporation Berhad menjalin kerjasama strategik dengan Marafie Co (Marafie) bagi pembekalan bahan paip kepada syarikat berkaitan minyak dan gas (O&G) di Arab Saudi. Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, kerjasama itu dilaksanakan melalui Perjanjian Pemasaran dan Pengedaran antara Bintai Energy Sdn. Bhd. (Bintai Energy), syarikat tujuan khas (SPV) kumpulan itu dengan Marafie. Menurut beliau, dibawah perjanjian itu, Marafie akan bertindak sebagai wakil Bintai Energy untuk…