PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad tiada rancangan untuk menaikkan harga hartanah buat masa ini walaupun berdepan kenaikan kos bahan binaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sufian Abdullah berkata, pemaju hartanah itu masih belum terkesan ketara dengan peningkatan harga bahan binaan dan masih mampu menyerap kenaikan tersebut. “Syarikat tidak bercadang untuk menyemak semula harga projek hartanah yang akan dilancarkan pada tahun ini. “Harga jualan akan kekal untuk tahun ini, namun dengan sedikit pelarasan…










