Setia Awan Group menawarkan kediaman terkini, Kemayan Heights.

Setia Awan tawar Kemayan Heights, kediaman di lokasi tanah tinggi

Pembeli Kemayan Heights bakal memiliki kediaman dikelilingi alam semula jadi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setia Awan Group menawarkan kediaman terkini, Kemayan Heights kepada bakal pembeli yang inginkan kediaman di lokasi tanah tinggi.

Menurut syarikat hartanah berkenaan, terletak di Seremban 2, Kemayan Heights menawarkan panorama lembah menghijau dan landskap yang menakjubkan.

“Ia adalah tidak mengejutkan kerana pembangunan ini banyak bersandarkan kepada tema limpahan alam semula jadi, memandangkan ia berintegrasi dengan penuh lancar dengan alam sekitar.

“Pembangunan ini menjadi tuan rumah kepada hanya 120 unit vila dua tingkat berkembar yang dibina di atas tanah seluas 17.241 ekar berstatus pegangan bebas, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM125 juta,” katanya dalam kenyataan.

Jelas syarikat itu, di Kemayan Heights, DNA unik Setia Awan dalam mewujudkan gaya hidup seimbang didedahkan menerusi perancangan rapi yang diterapkan dalam pembangunan projek berkenaan.

Katanya, bagi mengurangkan penggunaan tenaga, vila-vila berorientasikan utara-selatan itu direka untuk membolehkan kemasukan pencahayaan semula jadi.

“Luas binaan vila adalah dari 2,930 hingga 3,042 kaki persegi, yang dibangunkan di atas tanah berkeluasan antara 3,203 hingga 5,758 kaki persegi, dengan harganya bermula dari RM990,000. Elemen reka bentuknya menggunakan seni bina yang menerapkan kebolehdiaman dalaman dan luaran, dengan semua unit memiliki kawasan rumput hijau mereka sendiri.

“Pembangunan ini juga menyediakan dewan serbaguna di tengah-tengah kejiranan, yang mana akan menggalakkan lagi acara kemasyarakatan dan kebersamaan, manakala tadika pula memberi kemudahan kepada ibu bapa bekerja.

“Kemayan Heights menawarkan kehidupan komuniti berpengawal yang dirancang secara bersepadu sepenuhnya dengan sistem pengurusan hartanah yang tidak rumit, selain turut dilindungi dengan sistem keselamatan canggih bagi mewujudkan pengalaman kehidupan yang benar-benar holistik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN