SDP belanja RM2 juta bina ERKC

SDP belanja RM2 juta bina ERKC

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangi plak perasmian EKRC yang dibina oleh Sime Darby Property di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sime Darby Property Berhad (SDP) melancarkan Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina dekat sini, dalam usaha syarikat itu meneruskan agenda biodiversiti.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan pusat berkenaan, diiringi Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris.

Pembinaan EKRC oleh SDP yang menelan belanja sehingga RM2 juta itu adalah sebagai langkah mengekalkan spesies-spesies flora hutan yang pernah terdapat di kawasan tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan SDP, Datuk Azmir Merican Azmi Merican berkata, kos tersebut merangkumi penanaman pokok serta pengekalan tumbuh-tumbuhan yang ada dalam kawasan hutan di perbandaran tersebut.

“Pusat yang berkeluasan 1.09 ekar ini dibina untuk kesinambungan kawasan hutan yang ada di sekitar perbandaran ini.

“Cabaran bagi membina pusat ini ialah mencari beberapa spesis pokok yang sukar didapati pada masa kini untuk ditanam di ERKC,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian ERKC di Bandar Elmina, semalam.

Menurut Azmir Merican lagi, pihaknya tidak memerlukan peruntukan yang besar bagi mengekalkan tumbuhan-tumbuhan di ERKC.

“Kita akan bekerjasama dengan rakan-rakan niaga bagi mengekalkan pusat berkenaan. Apa yang penting adalah masyarakat di luar sana dapat menghargai alam semulajadi yang wujud di sekeliling mereka.

“Kita juga mempertimbangkan untuk membina pusat yang sama di dalam beberapa projek perumahan yang akan dibina Sime Darby Property pada masa akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN