Saham Snapchat menjunam 40 peratus

Saham Snapchat menjunam 40 peratus

Snapchat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Saham Snap Inc. menjunam lebih daripada 40 peratus dan mencetuskan penjualan seluruh sektor pada Selasa selepas amaran keuntungan daripada syarikat induk Snapchat memberi isyarat mereka akan menghadapi waktu yang sukar di masa depan.

Syarikat itu akan kehilangan AS$15 bilion (RM65.89 bilion) dalam permodalan pasaran, manakala saham dalam pengiklan dalam talian utama dan firma media sosial itu dijangka kehilangan nilai gabungan sebanyak AS$200 bilion (RM878.90 bilion).

Saham Snap ditutup pada AS$12.79 (RM56.21) lebih rendah daripada harga tawaran permulaan awam (IPO) merakda pada 2017 sebanyak AS$17 (RM74.71).

Platform Meta, Pinterest, Twitter dan anak syarikat Google, Alphabet turun antara 5.0 peratus dan 24 peratus.

Pada Isnin, Snap berkata, ia menjangkakan akan terlepas sasaran pendapatan dan keuntungan suku tahunan yang ditetapkan sebulan awal dan perlu memperlahankan pengambilan pekerja serta mengurangkan perbelanjaan.

Presiden Perisikan Perniagaan Global di GroupM, Brian Wieser berkata, penilaian saham media sosial kembali selepas syarikat itu mencatatkan pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada tahun lalu apabila industri pengiklanan mula pulih daripada pandemik Covid-19.

“Terdapat penetapan semula jangkaan. Walaupun masalah ekonomi seperti inflasi sebahagiannya menjejaskan hasil, Snap dan platform lain juga telah membuat anggaran keupayaan mereka yang terlalu tinggi untuk mengekalkan pertumbuhan pesat,” katanya.

Namun begitu, penilaian Snap terhadap hampir 15 kali anggaran pendapatan 2024 sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, adalah jauh lebih tinggi daripada 8.5 kali Alphabet dan enam kali Meta.

Pandangan suram daripada antara jenama terkenal dalam sektor itu menggariskan kesan perang Ukraine, inflasi yang melonjak dan kenaikan kadar faedah ke atas syarikat media sosial ketika mereka cuba mengelak kesan perubahan sistem pengendalian iOS Apple.

Sementara itu, peniaga di Bright Trading LLC, Dennis Dick berkata, Snap ialah proksi pengiklanan dalam talian dan apabila melihat kelemahan di ia, secara automatik akan memikirkan tentang Facebook, Pinterest dan Google.

“Apabila kita mula fikir tentang Google, ketika itulah pasaran mula menjual,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.