Pertumbuhan SIA tidak terjejas - Utusan Malaysia

Pertumbuhan SIA tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Rancangan pertumbuhan Singapore Airlines Ltd. (SIA) tidak akan menerima impak besar walaupun Boeing Co. melambatkan tarikh penghantaran pesawat 777X pertamanya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Goh Choon Phong pada Khamis.

Bulan lalu, Boeing mengesahkan penangguhan kepada 2025 dalam menyerahkan jet 777X pertama kepada pelanggan daripada sasaran awal iaitu pada hujung 2023.

Menurut Choon Phong, sebelum penangguhan itu, SIA menjangka akan menerima pesawat 777X yang pertama daripada 31 pesawat yang dipesan pada penghujung 2023.

“Buat masa ini, saya tidak rasa rancangan pertumbuhan kami akan terjejas teruk kerana kelawatan penghantaran itu.

“Kami mempunyai sedikit fleksibiliti dari segi menebus sebarang potensi kehilangan kapasiti,” katanya, merujuk kepada pelan armada syarikat penerbangan itu.

Komen itu diberikan selepas syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian tahunan yang lebih kecil sebanyak AS$693.63 juta (RM3.05 bilion) untuk 12 bulan berakhir 31 Mac, termasuk keuntungan operasi separuh kedua sebanyak AS$7.20 juta (RM31.70 juta) apabila sekatan perjalanan berkurangan dan bilangan penumpang kembali meningkat.

SIA berkata, purata kapasiti penumpangnya kira-kira 61 peratus daripada tahap pra pandemik suku pertama dan 67 peratus pada suku kedua tahun kewangan semasa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya