Peniaga luar bandar Shopee meningkat 70% - Utusan Malaysia

Peniaga luar bandar Shopee meningkat 70%

shopee
Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan menutup tirai 2023 dengan membuktikan peranan kukuhnya sebagai pemacu keterangkuman ekonomi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah peniaga luar bandar yang menjual di platform Shopee meningkat 70 peratus sejak 2020, menurut platform e-dagang, Shopee.

Asia Tenggara terus menyaksikan penggunaan teknologi yang dipercepatkan, dengan 40 juta pengguna digital baharu direkodkan pada 2021.

Tahun lalu, lebih ramai yang dapat mengakses dan memperoleh manfaat daripada teknologi melalui Shopee manakala bagi rantau ini, satu dalam enam pesanan Shopee dibuat oleh pengguna kali pertama.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, pada 2021, Shopee kekal komited dalam misi untuk memberi manfaat kepada komuniti tempatan menerusi teknologi, terutamanya bagi golongan yang terabai.

“Dengan lebih ramai orang dan perniagaan kini berada dalam talian, kami terus berinovasi dan memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik, serta menyesuaikan diri dengan cara kehidupan, pekerjaan dan pembelian yang baharu.

“Apabila kita semakin berhubung, kita dapat memberi impak yang lebih besar antara satu sama lain dan lebih penting lagi, menaikkan semangat supaya tiada siapa yang ketinggalan.

“Inilah cara kami menjana peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti kami. Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah ekonomi digital yang lebih rancak dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Pada 2021, penemuan pasca kempen 3.15 Hari Pelanggan Shopee mendedahkan bahawa bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual di Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak Januari 2020 hingga kini.

Bilangan pengguna ShopeePay di luar bandar-bandar utama juga melonjak 2.5 kali ganda, ketika lebih ramai orang menikmati kemudahan pembayaran digital.

Selain itu, pada tahun lalu, Shopee mencipta alat dan ciri-ciri baharu bagi meningkatkan pendedahan penjual tempatan di platformnya.

Sebagai contoh, inisiatif #ShopeeSapotLokal mengetengahkan para penjual dan membantu mereka menjangkau lebih ramai pembeli serta mengembangkan pangkalan pelanggan mereka.

Lebih 1,000 penjual tempatan mencapai jualan melebihi RM439,450 dalam tiga hari semasa festival-festival akhir tahun Shopee iaitu pada 9 September, 11 November dan 12 Disember.

Jualan untuk penjual baharu di Shopee melonjak hingga 18 kali ganda pada 11 November lalu. ShopeePay Near Me, ciri baharu yang membantu para pengguna menemui tawaran daripada peniaga luar talian di sekeliling mereka, mencipta lima juta transaksi dalam kedai untuk rakan-rakan perniagaan.

Shopee turut bantu meningkatkan kemahiran bakat-bakat tempatan, usahawan serta komuniti untuk berjaya dalam ekonomi digital menerusi inisiatif latihan teknologinya selain menyumbangkan kepada komuniti yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya