Pemenang peraduan Fuel-ing Ong BHPetrol dapat jongkong emas

Pemenang peraduan Fuel-ing Ong BHPetrol dapat jongkong emas

MAJLIS penyampaian hadiah jongkong emas kepada sebahagian pemenang Fuel-ing Ong BHPetrol di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) telah memberi hadiah jongkong emas kepada pemenang peraduan ‘Fuel-ing Ong’ yang dianjurkan dari 15 Januari hingga 15 Mac lalu.

Peraduan itu diadakan bersempena Tahun Baru Cina awal tahun ini.

Peraduan itu telah menganugerahkan 20 gram dan 10 gram jongkong emas 999.9 kepada 100 pemenang.

Seramai 30 pemenang dari kawasan Lembah Klang hadir dan menerima hadiah mereka daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Azizul Azily Ahmad.

Turut hadir, Pengurus Besar BHPetrol Pemasaran, Lawrence Chuah.

Azizul Azily mengucapkan tahniah kepada pemenang dan penghargaan kepada semua pelanggan yang turut serta.

“Kami sedar isu inflasi dan kenaikan harga barang kini menjadi kebimbangan orang ramai. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, kami ingin memberi balik kepada komuniti.

“Oleh itu, dengan memberi hadiah jongkong emas, kami berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu para pemenang.

“Ia juga salah satu cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang telah menyokong jenama ini selama ini.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada aktiviti pemasaran berterusan syarikat untuk menjana minat dan kesedaran tentang tawaran yang ada di kira-kira 400 stesen servis BHPetrol di seluruh negara.

Kami akan terus mengadakan promosi yang lebih menarik dan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan kami,” katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian hadiah tersebut di sini, semalam.

Promosi tiga bulan itu telah menarik lebih daripada setengah juta penyertaan dari seluruh negara.

Dengan mengisi bahan api BHPetrol Infiniti atau membuat pembelian di kedai serbaneka di BHPetromart yang berjumlah RM30, pelanggan layak untuk sertai dengan hanya mengisi borang peraduan atau mendapatkan penyertaan automatik ke dalam pertandingan melalui aplikasi mudah alih eCard BHPetrol.

Dalam tempoh peraduan, terdapat peningkatan yang tinggi dalam jumlah jualan dan penggunaan transaksi oleh ahli kesetiaan eCard BHPetrol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN