PETALING JAYA: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) kira-kira RM56 juta dan hasil kira-kira RM433.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 (Q12022), berbanding RM56.2 juta dan RM413.3 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kumpulan memperoleh kira-kira RM450 juta jualan hartanah baharu pada suku dilaporkan. Ia didorong oleh kadar pengambilan yang kukuh untuk penawaran produk mampu milik di lokasi strategik dengan pasaran tawanan…