PETALING JAYA: Public Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.00 bilion bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac 2022, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2021. Bagaimanapun, keuntungan bersih milik pemegang saham merosot 8.6% kepada RM1.40 bilion berbanding dengan RM1.53 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2021, terutamanya berikutan pengenaan cukai makmur satu kali yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2022. Sektor perbankan domestik terus menghadapi cabaran ketara berikutan kesan wabak COVID-19 yang masih berleluasa. Tekanan ke bawah terhadap ekonomi diburukkan lagi dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya