Kakitangan kerajaan menang Vespa dalam peraduan MR D.I.Y.

Kakitangan kerajaan menang Vespa dalam peraduan MR D.I.Y.

MR D.I.Y
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kakitangan kerajaan, Alicia@Alice Marcus Mujamah, 45, muncul sebagai pemenang utama peraduan ‘Belanja & Menang’ MR D.I.Y. sekali gus membawa pulang sebuah Vespa Primavera 150 baharu menerusi peraduan anjuran peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia itu.

Wanita berasal dari Sabah yang tidak menyangka memenangi peraduan itu berkata, ini merupakan kali pertama dia mengambil bahagian dalam peraduan seperti ini.

“Saya teruja untuk membawa pulang Vespa baharu ini ke Tambunan dan bersiar-siar di bandar dengannya. Ia seperti mimpi menjadi kenyataan buat saya,” katanya.

Peraduan tersebut menyaksikan lebih daripada 1,000 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih RM165,000.

Dalam ucapan beliau semasa mengumumkan para pemenang peraduan tersebut, Ketua Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, sebagai peruncit tempatan yang menjadi pilihan ramai, MR D.I.Y. sentiasa mencari inisiatif baharu dan lebih baik untuk menghargai para pelanggan setianya. 

“Peraduan ‘Belanja & Menang’ ini sememangnya terkenal dalam kalangan para pelanggan dan ini merupakan kali pertama kami menganjurkannya untuk kesemua jenama kami iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR.

“Ia ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana kami menerima respon yang begitu memberangsangkan dari rakyat Malaysia. Kami akan terus mencari pelbagai peluang lain untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan,” ujarnya.

Selain Hadiah Utama, upacara penyampaian hadiah tersebut juga menyaksikan dua pemenang hadiah pertama membawa pulang mesin memasak pintar jenama Thermomix® TM6, manakala tiga pemenang hadiah kedua masing-masing menerima telefon pintar iPhone 13 Pro (128GB). 

Selain itu, lima pemenang hadiah ketiga pula membawa pulang Kaserol Bulat Le Creuset (24cm), lapan pemenang hadiah keempat pula menerima iPad Gen ke- 9 (64GB) setiap seorang.

Seramai 1,000 pelanggan bertuah juga telah menerima hadiah sagu hati baucar tunai bernilai RM100 untuk membeli barangan kegemaran mereka di cawangan-cawangan MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya