Johor catat eksport tertinggi pakaian, segala kelengkapan pakaian terpilih

Johor catat eksport tertinggi pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah dagangan Malaysia pada April 2022 bernilai RM231.4 bilion, peningkatan 21.3 peratus tahun ke tahun, dengan nilai eksport RM127.5 bilion dan import RM103.9 bilion, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Nilai eksport itu merupakan peningkatan sebanyak 20.7 peratus tahun ke tahun dan import pula peningkatan 22 peratus tahun ke tahun.

Menurut DOSM, pada bulan berkenaan, eksport pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih meningkat 18.5 peratus tahun ke tahun kepada RM499.9 juta.

“Di peringkat negeri, Johor mencatatkan eksport tertinggi bagi pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih bernilai RM272.7 juta (54.5 peratus), diikuti Selangor (RM104.3 juta, 20.9 peratus) dan Perlis (RM41.0 juta, 8.2 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Ketua Perangkawan, Datuk Ser Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, eksport pada April 2022 meningkat sebanyak RM21.9 bilion (+20.7 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kata beliau, eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM9.0 bilion), Selangor (+RM3.7 bilion), Sarawak (+RM3.4 bilion), Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (+RM1.7 bilion), Sabah (+RM1.6 bilion),
Johor (+RM1.6 bilion), Kedah (+RM1.3 bilion), Pahang (+RM518.0 juta), WP Labuan (+RM456.0 juta), Kelantan (+RM132.5 juta) dan Perlis (+RM15.1 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Melaka (-RM631.4 juta), Terengganu (-RM349.2 juta), Negeri Sembilan (-RM324.0 juta) dan Perak (-RM280.1 juta),” katanya.

Bagi import pula, Mohd. Uzir berkata, import juga meningkat RM18.7 billion (+22.0 peratus) pada April 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Jelasnya, peningkatan import dicatatkan di Pulau Pinang (+RM5.4 bilion), Selangor (+RM3.0 bilion), Melaka (+RM2.2 bilion), Kedah (+RM1.7 bilion), Johor (+RM1.5 bilion), WP Kuala Lumpur (+RM1.4 bilion), Sarawak (+RM902.4 juta), Perak (+RM826.1 juta), Negeri Sembilan (+RM674.0 juta), Pahang (+RM527.4 juta), WP Labuan (+RM179.2 juta) dan Perlis (+RM13.0 juta).

“Walau bagaimanapun, import menurun di Kelantan (-RM170.7 juta), Sabah (-RM102.0 juta) dan Terengganu (-RM38.6 juta),” kata beliau.

Mohd. Uzir membertahu, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.3 peratus, diikuti oleh Johor (20.0 peratus), Selangor (19.5 peratus), Sarawak (8.1 peatus) dan WP Kuala Lumpur
(4.3 peratus).

“Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.4 peratus), Johor (18.3 peratus), WP Kuala Lumpur (7.3 peratus) dan Kedah (5.7 peratus),” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN