Inflasi UK cecah 9%, tertinggi sejak 1982

Inflasi UK cecah 9%, tertinggi sejak 1982

Rakyat UK membeli- belah dengan ahli ekonomi meramalkan kadar inflasi akan terus meningkat. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Inflasi harga pengguna Britain mencecah kadar tahunan 9.0 peratus pada April, tertinggi sejak anggaran rasmi dimulakan pada akhir 1980-an, menurut petunjuk yang dikeluarkan pada Rabu.

Tinjauan Reuters terhadap ahli ekonomi menunjukkan bacaan pada kadar 9.1 peratus.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan berkata, inflasi harga pengguna tertinggi pernah direkodkan mungkin pada 1982.

Menteri Kewangan, Rishi Sunak yang berada di bawah tekanan untuk menawarkan lebih banyak bantuan kepada isi rumah berkata, negara di seluruh dunia sedang dilanda inflasi yang tinggi dan lonjakan data Britain bagi April mencerminkan kenaikan tarif tenaga terkawal bulan lalu.

“Kami tidak dapat melindungi orang ramai sepenuhnya daripada cabaran global ini tetapi menyediakan sokongan penting di mana kami boleh, dan bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya,” kata Sunak.

Awal bulan ini, Bank of England meramalkan inflasi akan mencecah 10 peratus akhir tahun ini dan pelabur menjangkakan Bank Pusat itu akan menambah empat kenaikan kadar faedah yang telah dilakukannya sejak Disember, menjadikan kadar bank kepada 1 peratus, tertinggi sejak 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN