Exabytes ambil alih Aegis, perluas perniagaan perusahaan - Utusan Malaysia

Exabytes ambil alih Aegis, perluas perniagaan perusahaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Exabytes Capital Group Sdn.Bhd. (Exabytes) mengambil alih Infinity Consulting Technology Sdn Bhd (ICT), pakar dalam perkhidmatan sandaran dan pemulihan bencana perniagaan, di bawah jenama Aegis.

Pengambilalihan Aegis ini menjadi satu langkah strategik kepada Exabytes bagi memperluas bidangnya dalam perniagaan perusahaan sekali gus menerajui transformasi digital pertama berasaskan awan di Malaysia dan rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Exabytes, Chan Kee Siak berkata, misi kumpulan adalah untuk merancakkan penerimagunaan transformasi digital berasaskan awan bukan sahaja dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tetapi juga dalam kalangan perusahaan.

“Kami mempunyai matlamat untuk menjadi pembekal perkhidmatan dan teknologi awan dan perniagaan digital yang utama di rantau ini.

“Pengambilalihan ICT, atau Aegis memberikan kami kelebihan dalam teknologi perniagaan perusahaan, terutama sekali dalam aspek perkhidmatan pemulihan bencana. Kami kini berdiri teguh sebuah pembekal teknologi e-dagang sehenti yang lebih kukuh.

“Pengambilalihan Aegis membantu kami menawarkan rangkaian perkhidmatan kesinambungan perniagaan dan pemulihan bencana serta perlindungan data yang amat diperlukan oleh pelanggan sedia ada Exabytes, yang terdiri daripada 160,000 PKS di seluruh dunia dalam pengembangan dan penerimagunaan e-dagang pada peringkat global yang berlaku dengan amat pesat sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perusahaan Perniagaan Exabytes, Eric Foo, berkata, pengambilalihan itu adalah penggemblengan kekuatan antara kedua-dua entiti.

Ujarnya, pelanggan-pelanggan Exabytes kini boleh menikmati perkhidmatan dan produk-produk transformasi digital berasaskan awan yang lebih menyeluruh.

“Paling penting, teknologi Sandaran dan Pemulihan Bencana Berasaskan Awan membantu pelanggan-pelanggan kami untuk mengurangkan kos penyelenggaraan IT secara dalaman, menjimatkan pelaburan modal perkakas dan perisian serta menawarkan pelan kebolehskalaan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan pemulihan bencana pelanggan serta keperluan teknologi pemulihan data dan sandaran.

“Teknologi dan perkhidmatan-perkhidmatan ini kini tersedia di Malaysia, Singapura, dan Indonesia,” katanya.

Exabytes Network Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 2001. Ia merupakan pembekal perkhidmatan lengkap Teknologi Digital, e-Dagang dan Perniagaan Berasaskan Awan yang terkemuka di Asia Tenggara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya