DRB-HICOM catat perolehan RM3.07 bilion suku pertama 2022

DRB-HICOM catat perolehan RM3.07 bilion suku pertama 2022

JUALAN kenderaan Proton turut meningkatkan pendapatan DRB-HICOM. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) merekodkan keuntungan pra-cukai sebanyak RM4 juta daripada perolehan bernilai RM3.07 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2022 (S12022).

Perolehan daripada sektor automotif dan pos bagaimanapun merosot tahun ke tahun masing-masing kepad RM2.07 bilion dan RM306.6 juta.

“Secara keseluruhan, perolahan DRB-HICOM susut 12.6 peratus tahun ke tahun daripada suku pertama 2021 sebanyak RM3.51 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Menurut DRB-HICOM, sektor perbankan dan aeroangkasa dan pertahaan mencatatkan pertumbuhan perolean tahun ke tahun yang positif, manakala empat sektor lain mencatatkan perolehan yang lebih rendah.

Jelasnya, bagi sektor automotif, selain daripada kekurangan cip mikro susulan isu rantaian bekalan global, banjir besar yang melumpuhkan Lembah Klang pada pertengahan Disember 2021 turut memberi kesan kepada pengeluar kereta nasional Proton.

Tambahnya, perolehan sektor ini bagi suku dilaorkan susut 15.3 peratus kepada RM2.07 bilion daripada RM2.44 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Katanya, jualan Proton susut hampir 18.6 peatus tahun ke tahun kepada 26,706 unit daripada 32,826 unit suku sama 2021, walaupuan tiga model paling popularnya, Saga, X50 dan X70 telah mengukuhkan kedudukan dalam segmen masing-masing.

Bagaimanapun, jualan kenderaan jenama lain iaitu Honda, Mitsubishi dan Isuzu mencatatkan jualan lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.

Sementara itu, perolehan bagi sektor aeroangkasa dan pertahanan pula melonjak 15.9 peratus tahun ke tahun kepada RM160.3 juta daripada RM138.3 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

“Perolehan sektor pos susut 24.3 peatus keapda RM306.6 juta daripada RM404.9 juta suku pertama 2021, sebahagian besanya disebabkan sumbangan lebih rendah daripada perniagaan kurier. Pembukaan ekonomi menyaksikan volum bungkusan susut apabila pengguna kembali membeli-belah secara fizikal selepas mengamalkan pembelian dalam talian sejak 24 bulan lalu,” jelasnya.

Menurut DRB-HICOM, bagi sektor perbankan, Kumpulan Bank Muamalat Malaysia Berhad mencatakan pertumbuhan perolehan tahun ke tahun dengan pendapatan pembiayaan lebih tinggi membantu perolehannya berkembang 4.5 peratus kepada RM285 juta daripada RM272.8 juta suku sama 2021.

Bagi sektor perkhidmatan pula, merekodkan pertumbuhan perolehan tahun ke tahun yang rendah sedikit disebabkan penghanjataran barang jatuh berikutan penuruhan dalam penghantaran.

Turut turun ialah sektor hartanah yang merekodkan penuruhan perolehan sebanyak 6.2 peatus kepada RM65.4 juta daripada RM69.7 juta suku pertama 2021.

Konglomerat itu berkata, dengan pembukaan ekonomi global, momentum perniagaan Kumpulan kembali pulih secara beransur-ansur, misalnya kontrak utama untuk kerja-kerja pemasangan pesawat di bawah segmen aeroangkasa telah diperolehi untuk tempoh sehingga 2034 dan segmen pos menjangkakan prestasi lebih baik.

“Perniagaan lain dalam pertahanan, perbankan, perkhidmatan dan hartanah akan terus membina daya tahan dan merebut peluang yang muncul daripada pemulihan ini.

“Operasi perniagaan Kumpulan dijangka pulih terutamanya dengan permintaan kukuh yang berterusan, produk baharu, pasaran baharu dan tindak balas pro-aktif terhadap isu rantaian bekalan. Dengan pembukaan semua sektor perniagaan,
Kumpulan menjangkakan prestasi yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding tahun kewangan sebelumnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN