fbpx

27 Mei 2022, 8:13 pm

  TERKINI

BNM melihat turun naik ketara dalam pasaran kewangan

wang digital
BANK Negara Malaysia tidak mengiktiraf mata wang digital dalam sebarang transaksi kewangan di negara ini atas alasan berisiko tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasaran kewangan Malaysia akan tertakluk kepada tempoh turun naik yang tinggi selepas ringgit menyusut 0.7 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, bank pusat itu berkata, kedudukan luaran negara yang kukuh dan sistem perbankan yang berdaya tahan akan membolehkan ekonomi menghadapi kejutan.

“Melangkah ke hadapan, sementara pasaran kewangan domestik tertakluk kepada tempoh turun naik yang tinggi, limpahan kepada pengantaraan kewangan domestik dijangka dapat dibendung.

“Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS pada suku pertama tahun ini secara umumnya sejajar dengan pergerakan mata wang serantau.

“Hal ini disebabkan oleh kekukuhan dolar AS secara keseluruhan yang didorong oleh kadar faedah yang lebih tinggi di AS, sentimen penghindaran risiko global berikutan konflik di Ukraine dan jangkaan pertumbuhan yang sederhana di China.

“Harga komoditi yang tinggi dan prospek pemulihan Malaysia juga telah mengurangkan tekanan terhadap penurunan nilai ringgit daripada kesemua faktor luaran ini,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus turut menekankan, menambat ringgit berbanding dolar AS bukan langkah terbaik untuk kepentingan negara dalam persekitaran semasa yang mencabar.

“Dasar tukaran asing yang fleksibel mampu menyerap kejutan ekonomi dan memelihara daya saing Malaysia dalam persekitaran global yang mencabar.

“Menambat ringgit bukanlah langkah yang terbaik demi kepentingan negara. Ia akan mendatangkan risiko yang besar kepada negara,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sini, semalam.  – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI