PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan dana khusus untuk memelihara kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Malaysia melalui platform pendanaan awamnya, Sadaqa House. Dana baharu bertemakan “From Cradle to Graduation” itu bertujuan memberi manfaat kepada anak-anak yatim di seluruh negara, daripada peringkat bayi sehingga remaja. Ia direka khusus bagi memastikan pendidikan anak-anak tersebut tidak tercicir dan membolehkan mereka melanjutkan pendidikan sehingga ke peringkat ijazah. “Menerusi Misi 2040,…










