PETALING JAYA: WONDA Coffee terus meluaskan tawaran mereka untuk pengguna di negara ini dengan melancarkan rangkaian kopi segera yang pertama di Malaysia.
Dengan pertumbuhan positif rangkaian WONDA Coffee sedia untuk diminum (RTD), pasaran telah memberikan keyakinan kepada syarikat untuk mengembangkan lagi jenama mereka dalam segmen kopi panas.
Menurut WONDA Coffee, beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pengguna membeli belah untuk kopi premium, memacu pertumbuhan agresif untuk segmen kopi segera.
Tingkah laku pengguna itu dipertingkatkan lagi semasa pendmeik Covid-19, apabila penggunaan kopi di rumah meningkat.
Perubahan dalam tabiat membeli itu melonjakkan julat kopi segera menjadi segmen yang paling pesat berkembang.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Yee Pek Kuan berkata, sejak kebelakangan ini, WONDA Coffee dan produknya sentiasa dicipta untuk mengujakan rakyat Malaysia dengan penawaran produk yang inovatif dan strategi pemasaran menarik, bagi membantu pihaknya menjadi salah satu jenama yang paling berkembang dalam kategori itu selama lima tahun berturut-turut.
“Pertumbuhan itu tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan pelanggan setia kami dan oleh itu, sementara kami berkembang, kami akan terus membawa produk baharu untuk mereka.
“Kini kami memperkenalkan lebih banyak kopi premium dan gourmet dalam format kopi segera untuk membawakan pengalaman WONDA Coffee yang serba baharu untuk pelanggan.
“Kami akan terus mengambil kira pilihan citarasa pelanggan kami sambil menawarkan tekstur berkrim yang menarik dan memberikan pengguna kami lebih nilai untuk pembelian mereka,” katanya.
Kopi segera WONDA Coffee itu disediakan dalam dua varian menarik iaitu Kopi Segera Kelas Emas WONDA (WONDA Gold Class Instant Coffee) dan Kopi Segera Kelas Premium WONDA (WONDA Premium Class Instant Coffee).
Kopi Segera Kelas Emas WONDA ialah gabungan biji kopi asli Robusta dan Arabica yang memberikan rasa lebih kaya dan tekstur kopi lebih halus.
Disediakan dalam balang kaca moden 100 gram (gm) dengan menggunakan teknologi kering beku, campuran kopi itu terdiri daripada butiran kopi beku yang memberikan kopi di rumah kesegaran yang diperbaharui dan rasa kafe premium.
Manakala Kopi Segera Kelas Premium WONDA adalah 100 peratus kopi asli Arabica dari Brazil, memberikan rasa kopi yang lembut dan seimbang. Ia turut disediakan dalam balang bersaiz 100g serta kantung 100gm dan 50gm yang boleh diisi semula.
Kedua-dua adunan itu akan membolehkan pengguna menikmati secawan kopi yang sangat lazat, dengan rasa pahit, manis dan masam yang sempurna, memberikan rasa kopi yang baru dibancuh. – UTUSAN










