UOB Malaysia lantik Ng Wei Wei CEO wanita pertama

Wei Wei CEO wanita pertama UOB Malaysia

NG WEI WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UOB Malaysia melantik Ng Wei Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita pertamanya, berkuat kuasa 1 Mei 2022.

Beliau akan mengganti Wong Kim Choong yang akan melepaskan jawatan tersebut selepas menerajui bank berkenaan sejak 2012.

Menurut UOB, Wei Wei seorang jurubank yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan mendalam mengenai industri kewangan di Malaysia dan Hong Kong.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong UOB pada 2019, sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dua tahun kemudian.

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Perbankan Borong UOB Malaysia, selain memajukan keutamaan strategik Bank yang termasuk usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, dan agenda inovasi. Di samping itu, beliau juga membantu pelanggan berkembang di rantau ini dengan memanfaatkan kesalinghubungan, kepakaran dan keupayaan bank,” katanya dalam kenyataan.

Sementar itu, Tmbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB, Wee Ee Cheong yang mengucapkan tahniah kepada Wei Wei berkata, pelantikan beliau menunjukkan kepercayaan teguh UOB terhadap kepentingan dan manfaat kepelbagaian ke arah usaha menjangka keperluan pelanggan dalam persekitaran yang semakin mencabar, sentiasa berubah dan tidak menentu.

“Kim Choong bersara dengan rekod prestasi menunjukkan kemajuan bank dalam bidang perkhidmatan pelanggan, kesalinghubungan serantau, inovasi dan kemampanan. Saya yakin di bawah pimpinan Wei Wei, UOB Malaysia akan terus mencapai tahap kemajuan lebih tinggi ke arah usaha kami membantu pelanggan merebut peluang di dalam dan di seluruh rantau ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN