TDM dengan kerjasama SAFWA anjur Majlis Berbuka Puasa

TDM rai anak yatim berbuka puasa

TDM meraikan anak-anak yatim dan kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa di sebuah restoran di Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TDM Berhad (TDM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan Saf Wanita Terengganu (SAFWA) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 90 anak yatim berumur antara tiga hingga 17 tahun dari Pengkalan Berangan.

Sempena Ramadan, TDM komited memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan berhasrat meningkatkan usaha menghulurkan bantuan bagi golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah TDM Berhad, Kamaruzaman A Wahab menekankan kepentingan majlis tersebut demi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak diketepikan mahupun ketinggalan dalam meraikan sambutan Ramadan.

“Dalam kita menyambut Ramadan dengan penuh kegembiraan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kita juga mengambil kira golongan kurang bernasib baik yang jarang kali mendapat peluang menyambut bulan mulia ini bersama orang tersayang.

“Majlis ini merupakan salah satu cara untuk kami berbakti kepada masyarakat, kali ini bersama anak-anak yatim dari Pengkalan Berangan.

“Peluang bertemu, berbicara dan mengenali anak-anak yang hadir adalah sangat berharga dan sememangnya menyemarakkan lagi semangat Ramadan yang dikongsi bersama.

“Tiada kegembiraan yang lebih besar daripada melihat senyuman di wajah mereka. Kami berbesar hati dapat melibatkan diri dan berharap agar ia menjadi pengalaman serta memori yang tidak dapat dilupakan buat anak-anak Pengkalan Berangan dalam mereka menyambut bulan Ramadan dan tidak lama lagi meraikan Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam ucapan sempena majlis itu yang berlangsung di sebuah restoran di Marang, Terengganu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Pada majlis itu, TDM turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak terbabit untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

Sementara itu, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada TDM di atas penganjuran majlis itu dan berharap lebih banyak syarikat korporat mencontohinya.

“Saya senang hati melihat anak-anak yang hadir tersenyum ketika menerima sumbangan duit raya dan menikmati hidangan berbuka puasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×