PETALING JAYA: Saham Scomi Group Bhd. didagangkan pada rekod terendah sepanjang masa iaitu setengah sen pada rehat tengah hari semalam, selepas susut dua sen atau 80 peratus di tengah-tengah potensi penyahsenaraian syarikat Nota Amalan 17 (PN17). Kira-kira 33.16 juta saham telah didagangkan dan pada setengah sen sesaham, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu hanya bernilai RM4.56 juta. Kelmarin, Scomi mengumumkan bahawa syarikat berdepan risiko dinyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia…










