PETALING JAYA: SkyWorld Development Group (SkyWorld) melancarkan SkyCraft secara maya – inisiatif dalam talian baharu untuk pembeli rumah masa depan, membina rumah impian mereka bersama-sama dengan SkyWorld.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng, SkyCraft ialah platform ciptaan yang memberi peluang kepada untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses pembuatan rumah sebelum SkyWorld memulakan pembangunkannya.
Kata beliau, syarikat mahu mencipta kehidupan landskap bandar yang berkualiti, kerana percaya idea dan maklum balas yang diperoleh daripada SkyCraft akan membantu SkyWorld membina kualiti rumah dan meningkatkan pengalaman hidup di langit bandar dalam persekitaran yang mampan.
“Di SkyWorld, kami telah mentakrifkan semula tujuan kami untuk “Menjadikan Kehidupan Lebih Baik” dan oleh itu, idea untuk SkyCraft kami sentiasa percaya bahawa pendapat pembeli rumah masa depan kami atau SkyCrafter sangat penting. Melalui kempen ini, bersama-sama kami boleh membina rumah lebih baik,” katanya dalam kenyataan.
Pelancaran SkyCraft berlangsung di SkySanctuary, pembangunan bersepadu oleh SkyWorld, berinspirasikan kehidupan alam semula jadi pertama di bandar yang menggabungkan taman dengan tasik.
Chee Seng berkata, SkyCrafters diberi pilihan untuk menghasilkan dua projek melalui platform berkenaan iaitu SkyAmanyi di Cheras dan SkyRia by the Hills di Taman Melawati.
Katanya, kedua-dua projek kini di peringkat lakaran dan adalah tepat pada masanya bagi SkyWorld melibatkan bakal pembeli untuk melihat idea-idea inovatif yang ‘baik untuk dimiliki’ atau ‘mesti ada’ supaya boleh melaksanakannya dalam pelancaran projek baharu yang memenuhi permintaan pasaran semasa
“Selain itu, SkyCrafters juga berpeluang untuk memenangi karya seni SkyWorld NFT eksklusif dan saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa SkyWorld ialah pemaju pertama di Malaysia yang berbuat demikian,” jelas Lee
Melangkah ke hadapan, kata beliau, semua projek baharu SkyWorld akan melalui platform ini
untuk melibatkan diri dengan masyarakat setempat untuk pemahaman yang lebih baik tentang keperluan pembeli rumah sebelum sebarang pelancaran baharu dibuat.
Kempen SkyCraft dijalankan untuk masa yang terhad dan mereka yang berminat boleh melayari www.skycraft.my untuk memulakan perjalanan SkyCraft serta berpeluang memenangi karya seni NFT SkyWorld yang eksklusif. – UTUSAN










