PETALING JAYA: Langkah Indonesia menyekat eksport minyak sawit boleh memberi kesan besar kepada keseimbangan permintaan dan penawaran minyak dan lemak dunia. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), langkah itu juga mampu melonjakkan harga minyak sawit dan minyak pesaing lain di pasaran antarabangsa. Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, berdasarkan sumbangan besar Indonesia dalam pasaran minyak dan lemak dunia, langkah drastik yang diambil oleh Indonesia itu pastinya…










