MR. DOLLAR lancar kempen Raya Kami Termurah - Utusan Malaysia

MR. DOLLAR lancar kempen Raya Kami Termurah

Pelbagai barangan keperluan Hari Raya ditawarkan pada harga menarik untuk pilihan pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR. DOLLAR, anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad menjemput rakyat Malaysia mendapatkan lebih nilai untuk Ringgit mereka sempena Hari Raya Aidilfitri ini dengan kempen Raya Kami Termurah.

Menerusi kempen itu, MR. DOLLAR turut menawarkan pewangi gel kereta Ambi Pur yang berharga hanya RM2 setiap satu dengan mana-mana dua pembelian pencuci pakaian, makanan sejuk beku seperti kentang goreng pada harga RM2 dan burger Ramly (daging atau ayam) pada harga RM5, dan pelbagai barangan lain termasuklah produk pembersihan rumah, aksesori kembara, serta pelbagai rangkaian bahan-bahan untuk membuat biskut dan makanan perayaan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, rakyat Malaysia ketika ini sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan “hampir normal” selepas dua tahun beraya dengan sekatan dan kawalan pergerakan.

“Sebagai jenama Malaysia, kami faham betapa pentingnya sambutan perayaan ini dan ingin menjadikan ia lebih istimewa untuk para pelanggan kami.

“Promosi Raya Kami Termurah itu telah dirancang khas untuk memenuhi keperluan mereka yang akan menyambutnya, dengan pelbagai pilihan barangan makanan dan minuman, bahan-bahan membuat biskut, barangan runcit dan keperluan rumah, bagi memastikan para pelanggan kami dapat menikmati lebih nilai untuk ringgit dalam setiap pembelian mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kempen MR.DOLLAR Raya Kami Termurah berjalan serentak dengan kempen Mega Cashback peruncit tersebut.

MR. DOLLAR bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai dan diskaun menarik di cawangan-cawangan MR. DOLLAR dengan pembayaran yang dibuat melalui servis e-dompet yang terlibat.

Selain promosi tersebut, pelanggan yang membelanjakan minimum RM30 di cawangan-cawangan MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima pek Sampul Raya percuma sementara stok masih ada.

Promosi Raya Kami Termurah MR DOLLAR boleh didapati di semua cawangan MR. DOLLAR di seluruh Malaysia. Untuk senarai penuh produk-produk yang ditawarkan, layari https://www.mrdollar.co/promotion/223/MR.DOLLAR-Raya-Kami-Termurah-2022/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×