Mitsui Outlet KLIA lancar Fasa 3 dengan 5 kedai konsep besar

Mitsui Outlet KLIA lancar Fasa 3 dengan 5 kedai konsep besar

Mitsui KLIA Fasa 3 menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MFMA Development Sdn. Bhd., usaha sama antara Mitsui Fudosan Co. Ltd (Mitsui Fudosan) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), akan membuka Fasa 3 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) kepada orang ramai pada 24 April 2022 (Ahad).

Fasa 3 menampilkan zon sukan paling bergaya serta pelbagai pilihan kelengkapan kediaman dan kehidupan kontemporari.

Kedai-kedai itu menawarkan pelbagai pilihan baharu kepada pembeli serta pengalaman memilih barangan yang lebih baik, acara dan perkhidmatan dalam kedai yang eksklusif serta pemaparan barangan yang inovatif.

Fasa 3 dengan keluasan lantai kasar berukuran 82,885 kaki persegi menempatkan dua kedai baharu – OBJET dan COURTS serta kedai konsep baharu oleh adidas, Nike dan PUMA.

adidas Factory Outlet baharu di MOP KLIA ialah cawangan outlet terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan konsep outlet premium dengan membawakan produk bertaraf tinggi merentasi pelbagai kategori sukan. Kedai konsep PUMA pula ialah outlet besar yang pertama bagi jenama itu.

Bersempena pembukaan rasmi Fasa 3, MOP KLIA akan menghadiahkan Toyota Rush kepada seorang pemenang bertuah melalui peraduan. Pembeli berpeluang menyertai peraduan dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam dua resit maksimum.

Timbalan Pengarah Urusan MFMA, TJ Cheah berkata, pelancaran Fasa 3 adalah tepat pada masanya untuk mengalu-alukan peningkatan trafik pengunjung di pusat beli-belah itu.

“MOP KLIA semakin popular sebagai destinasi membeli-belah untuk barangan berjenama dan pusat beli-belah ini telah menyaksikan peningkatan yang besar bagi bilangan pengunjung dalam kedai-kedainya sejak beberapa tahun lalu.

“Pencapaian MOP KLIA meningkat pada musim cuti lalu, yang membawa kepada kejayaan jualan akhir tahunnya yang berlangsung dari Disember 2021 hingga pertengahan Januari tahun ini,” katanya.

Sebagai tambahan kedai berkonsep besar baharu, MOP KLIA juga telah meningkatkan kapasiti tempat letak keretanya untuk memenuhi peningkatan trafik masuk ke pusat beli-belah itu.

Dengan pembukaan rasmi fasa baharu, pembeli juga boleh menikmati jualan dan tawaran istimewa yang berpatutan, selain daripada promosi Hari Raya yang sedang berlangsung mulai 1 April hingga 8 Mei 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×