KMDI Harta Berhad optimis laksana projek bernilai RM1 bilion.

KMDI Harta sasar nilai projek RM1 bilion

Azjuriyanti Azlan (tiga kiri) dan Amir Mokhtar (dua kanan) menunjukkan dokumen pelantikan Citadel Trustee sebagai pemegang amanah sambil diperhatikan oleh Zailan Abdul Ghapar (tiga kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: KMDI Harta Berhad optimis untuk melaksanakan projek perumahan, perlombongan dan perladangan bernilai RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Pengarah Urusan KMDI Harta, Datuk Azjuriyanti Azlan, keyakinan tersebut bersandarkan nilai projek perumahan semasa di Pahang, Lembah Klang dan Putrajaya yang sedang dalam pembinaan selain bidang perniagaan berkaitan.

“Antara projek yang sedang berjalan melibatkan Projek Perumahan Rakyat merangkumi 1,850 unit rumah mampu milik di Pahang bernilai RM231 juta.

“KMDI Harta juga memajukan perumahan komersial di Lembah Klang dan Putrajaya bernilai RM150 juta melibatkan 500 unit pangsapuri,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani dokumen pelantikan Citadel Trustee Berhad sebagai pemegang amanah KMDI Harta.

Yang hadir sama, Pengerusi Kumpulan KMDI Berhad, Datuk Seri Zailan Abdul Ghapar dan Ketua Pegawai Eksekutif Citadel Trustee, Amir Mokhtar.

Azjuriyanti berkata, KMDI dijangka akan membesarkan saiz modal operasi sebanyak RM400 juta melibatkan modal bagi pembinaan projek rumah mampu milik, perladangan kenaf, pembinaan kilang IBS kenaf di Pahang dan usahasama KMDI dengan usahawan di India melibatkan pengeksportan bahan mentah.

“Sehubungan dengan itu pihak KMDI Harta menyasarkan RM1 bilion untuk keseluruhan nilai projek menjelang 2025,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata, pihaknya dilantik sebagai pemegang amanah melibatkan pengumpulan dana bagi menampung projek-projek berskala besar KMDI Harta.

“Pelantikan Citadel akan memudahkan pelabur-pelabur projek KMDI Harta berurusan selaras prosedur yang ditetapkan melibatkan dana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN