SINGAPURA: Dua firma baharu terbesar Singapura iaitu Grab Holdings Ltd. dan Sea Ltd. telah disebut-sebut sebagai ‘benda besar’ selama bertahun-tahun. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat dilaporkan kehilangan nilai pasaran saham berjumlah AS$71 bilion (RM299.41 bilion) pada tahun ini. Saham syarikat e-hailing, Grab telah berkurangan lebih separuh sejak awal tahun, manakala harga saham syarikat permainan dan e-dagang gergasi, Sea jatuh sebanyak 46 peratus. Kedua-dua firma yang tersenarai di AS itu berada di paras…










