GEORGETOWN : Syarikat logistik berpangkalan di China, Cainiao Smart Logistics Network Ltd merancang membangunkan pusat pengedaran di Batu Maung, di sini bagi merancakkan lagi sektor e-dagang di kawasan Utara. Cainiao yang merupakan rakan sekutu Alibaba Group Holding Ltd, semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai pembangunan pusat pengedaran yang dirancang itu. Ketua Pegawai Eksekutif Cainiao KLIA Aeropolis Sdn. Bhd., Tim Fan…










