PETAlING JAYA: Syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) memperluaskan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April ini. Menurut AAX, penerbangan ke Incheon (Seoul) akan beroperasi sekali minggu pada Rabu dan kembali, Khamis. “Penerbangan ke New Delhi pula akan disambung semula dua kali seminggu pada Rabu dan Ahad dengan penerbangan pulang pada hari yang sama. Kedua-dua perkhidmatan ini tersedia…










