SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia merancang untuk memulakan kembali penerbangan ke negara-negara ASEAN susulan pembukaan sempadan. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, ini termasuk Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand. Menurut beliau, pihaknya akan mempertimbangkan untuk melangsungkan penerbangannya ke banyak negara sekiranya polisi negara terbabit lebih longgar. “Kita juga melihat kepada permintaan, apabila terdapat permintaan, kita akan ke arah itu. “Namun bagaimana negara-negara terbabit menyesuaikan diri dengan keadaan semasa…










