PETALING JAYA: Pembukaan semula sempadan pada 1 April ini dijangka akan meningkatkan pemerdagangan haram terutamanya rokok. Peningkatan tersebut ekoran permintaan kekal teguh disebabkan tekanan inflasi dan kadar kelaziman merokok yang tinggi dalam kalangan B40. Menurut kajian Datametrics Research and Information Sdn. Bhd. (DARE), penutupan sempadan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19, telah memainkan peranan dalam menyekat keupayaan sindiket jenayah untuk menyeludup barangan terlarang seperti rokok dan…










