Untung bersih HLFG meningkat kepada RM559.49 juta

Untung bersih suku kedua Hong Leong meningkat 

Hong Leong Bank merekodkan keuntungan bersih lebih baik tahun lalu, sekali gus membantu prestasi kewangan Kumpulan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Untung bersih Hong Leong Financial Group Bhd. (HLFGB) bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 meningkat kepada RM559.49 juta berbanding RM527.58 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hasil kumpulan jatuh kepada RM1.54 bilion daripada RM1.62 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Kong Khoon berkata, peningkatan keuntungan bersih disokong sumbangan yang tinggi daripada bahagian perbankan komersial.

“Kumpulan terus memberikan prestasi positif di seluruh operasinya perniagaan dalam separuh pertama 2022 sambil mengemudi persekitaran perniagaan yang mencabar dan kemunculan varian Omicron yang memberi kesan terhadap momentum pemulihan negara.

“Dengan peningkatan kadar vaksinasi dan penggalak kami, kami menjangkakan ekonomi Malaysia akan kekal stabil disokong oleh pengembangan dalam permintaan global, perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan dalam pasaran buruh dan sokongan dasar akomodatif yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM1.2 bilion pada separuh pertama berakhir 31 Disember 2021, peningkatan sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun untuk tempoh tersebut disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada bahagian perbankan komersial, Hong Leong Bank Berhad (HLB).

HLB mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM1.6 bilion bagi tempoh tersebut, meningkat 14.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan teratas, kawalan kos, elaun rosot nilai pinjaman yang lebih rendah dan sumbangan mantap daripada syarikat bersekutu.

Bahagian insurans, HLA Holdings Sdn. Bhd. (HLAH) dan bahagian perbankan pelaburan, Hong Leong Capital Berhad (HLCB) bagaimanapun mencatatkan sumbangan yang lebih rendah.

Pendapatan bersih daripada perniagaan perbankan Islam dan Takaful bagi tempoh tersebut ialah RM484 juta, lebih rendah sedikit sebanyak 1.1 peratus tahun ke tahun. Perniagaan Islam menyumbang 7.3 peratus kepada jumlah keuntungan sebelum cukai Kumpulan HLFG.

Lembaga Pengarah turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 15.0 sen sesaham pada separuh pertama 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya