OpenSys melancarkan Smart CIT untuk pelanggan TNB

Smart CIT dilancar untuk pelanggan utama TNB

Platform Smart CIT menggabungkan perkhidmatan CIT konvensional dengan penyelesaian logistik selamat berasaskan Internet Kebendaan (IoT) termaju.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal penyelesaian perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan utiliti OpenSys (M) Berhad melancarkan penyelesaian logistik selamat dan pengurusan tunai Smart CIT untuk pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pelancaran itu dapat meningkatkan kecekapan proses dan mengurangkan sehingga 33 peratus kos pemprosesan keseluruhan.

OpenSys menyasarkan untuk melengkapkan pelancaran penyelesaian Smart CITnya di semua 114 kedai runcit TNB seluruh negara pada suku pertama 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Luke Sebastian berkata, platform Smart CIT itu menggabungkan perkhidmatan CIT konvensional dengan penyelesaian logistik selamat berasaskan Internet Kebendaan (IoT) termaju.

Jelasnya, TNB juga akan dapat memperoleh gambaran tentang aliran tunai dan penggunaan enjin berasaskan analitik untuk mengurus kitaran tunai untuk kecairan yang lebih baik.

“Sebagai ciri keselamatan tambahan, Smart CIT mampu menggunakan teknologi pewarnaan dakwat untuk melindungi tunai-dalam-transit.

“Sekiranya berlaku percubaan kecurian, teknologi akan memercikkan dakwat kekal pada wang kertas, menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan lagi,” katanya dalam kenyataan.

Selain Smart CIT, TNB juga memperbaharui perkhidmatannya dengan OpenSys untuk menyediakan pembayaran bil melalui kiosk untuk tempoh tiga tahun, membolehkan OpenSys menjadi perkhidmatan penyumberan luar menyeluruh pembekal dari kiosk kepada pengurusan perkhidmatan kutipan.

Nilai untuk kedua-dua perkhidmatan itu berjumlah RM43 juta dan dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 hingga 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN