Shell Malaysia kurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobiliti syarikat

Shell Malaysia kukuh komitmen kurangkan pelepasan karbon

Seow Lee Ming (hadapan) bersama pasukan Shell di atas bumbung sebuah stesen minyak Shell yang dipasang panel solar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell Malaysia mencapai satu lagi kejayaan dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobiliti syarikat melalui pemasangan panel solar di 216 buah stesen minyak di seluruh negara.

Pemasangan ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tenaga itu untuk melaksanakan gabungan langkah-langkah bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan jejak karbon.

Menurut Shell, syarikat bekerjasama dengan Cleantech Solar untuk memasang panel solar di stesen-stesen minyaknya di Malaysia.

“Setakat ini, sebanyak 22,5050 keping panel fotovoltaik (PV) solar dengan jumlah kapasiti sebanyak 10.12 megawat (Mwp) telah dipasang di bumbung-bumbung 216 stesen sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menjalankan perniagaan secara selamat, cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan.

“Sebagai contoh, jumlah panel solar yang kini dipasang di stesen-stesen Shell mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 12,939 Mwj. Jumlah ini cukup untuk membekalkan kuasa kepada anggaran 3,740 isi rumah selama setahun,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pemasangan panel solar itu membantu menambah bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal kuasa elektrik tempatan.

“Ini memberikan penjimatan elektrik yang lebih tinggi kepada stesen secara jangka panjang,” tambahnya.

Mengulas perkembangan tersebut, Pengruus Besar Mobiliti Shell, Seow Lee Ming berkata, matlamat Shell adalah untuk memudahkan peralihan ke arah masa depan karbon rendah dalam operasi syarikat.

“Kami sentiasa mencari inisiatif yang akan membolehkan kami menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan lebih lestari untuk para pelanggan. Setakat ini kami telah memasang solar panel di 216 buah stesen dan jumlah ini akan meningkat kepada 350 buah stesen menjelang akhir 2022,” jelas beliau.

Menurut Shell, stesen Shell Damansara Jaya dan Taman Connaught merupakan dua stesen minyak pertama di Malaysia yang menerima Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada 2019.

GBI jelasnya, merupakan alat penarafan hijau untuk bangunan yang diiktiraf oleh industri di negara ini bagi menggalakkan kemapanan dalam alam bina menerusi penjimatan tenaga dan sumber.

Shell juga telah membuka Shell Mint Hotel yang merupakan contoh sebuah “stesen minyak masa depan” dan menjadi Stesen Minyak Pertama di Malaysia dengan Persijilan GBI Emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×