Sektor perkhidmatan kewangan berkembang melalui aktiviti M&A - Utusan Malaysia

Sektor perkhidmatan kewangan berkembang melalui aktiviti M&A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, landskap perniagaan Malaysia telah mengalami perubahan ketara apabila perniagaan berusaha untuk mengkaji semula dan mengoptimumkan portfolio korporat mereka dalam mengejar pertumbuhan dan pemulihan.

KPMG Malaysia mendapati, cara penggabungan dan pemerolehan (M&A) telah mengalami peningkatan pada 2021.

Ketua Penasihat KPMG Malaysia, Chan Siew Mei berkata, walaupun aktiviti M&A mengalami kemerosotan kecil pada 2020, pihaknya melihat lantunan yang stabil di semua sektor pada 2021, berikutan penutupan tertunda dan keyakinan pelabur yang lebih kukuh.

“Kami menjangkakan momentum itu akan berterusan sehingga 2022 walaupun Malaysia sedang beralih kea rag fasa endemik bermula 1 April ini.

“Membuat perjanjian adalah komponen utama dalam memacu strategi perniagaan, dan lebih banyak perniagaan kini menyedari perkara itu,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, sektor perkhidmatan kewangan telah mengalami pertumbuhan yang ketara dalam aktiviti M&A di seluruh rantau Asia Pasifik.

Di Malaysia, sebanyak 31 transaksi didedahkan dalam sektor perkhidmatan kewangan dengan nilai AS$1.63 bilion (RM6.88 bilion) yang diperhatikan menjelang akhir 2021.

Siew Mei berkata, beberapa tawaran baharu bernilai tinggi memberi isyarat bahawa terdapat peluang dalam landskap itu. Contohnya, aset pengurusan subsektor mengekalkan minat daripada pelabur tempatan dan antarabangsa.

“Baru-baru ini dalam satu perjanjian bernilai AS$367 juta (RM1.54 bilion), Affin Bank Berhad telah bersetuju untuk memindahkan pegangan kawalannya dalam Affin Hwang Asset Management Berhad kepada dana ekuiti persendirian yang berpangkalan di Luxembourg CVC Capital Capital Partners.

“Faedah yang berterusan itu boleh menjadi petanda baik bagi dana unit Amanah dan dana Islam, yang kedua-duanya telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara dalam pasaran.

“Subsektor insurans juga telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara, dengan tawaran penting berjumlah AS$856 juta (RM3.61 bilion) pada tahun lalu disebabkan pengambilalihan syarikat insurans tempatan oleh Italy Assicurazioni Generali 3 dan America’s Liberty Mutual Insurance Company.

“Sektor itu mungkin akan melihat lebih penggabungan, terutamanya dalam pemerolehan penanggung insurans Malaysia oleh syarikat multinasional asing, memandangkan penanggung insurans global terus mencari jalan untuk mengembankan operasi mereka melalui M&A rentas sempadan,” katanya.

Tambah beliau, sektor teknologi kewangan dan perbankan digital juga telah mendapat manfaat daripada peningkatan dalam aktiviti M&A, didorong oleh kadar penggunaan digital yang tinggi dan peningkatan penggunaan e-dompet.

Menurut Siew Mei, pihaknya telah melihat beberapa tawaran M&A yang terkenal dalam sektor perkhidmatan kewangan, dan pihaknya jangkakan perniagaan yang bijak akan merebut peluang M&A selanjutnya dalam sektor itu.

“Pelabur kini lebih yakin dalam membuat perancangan jangka panjang dan kami menjangkakan lebih banyak prospek menarik akan muncul di tahun-tahun akan datang.

“Bagaimanapun, adalah wajar untuk berhati-hati terhadap cabaran yang timbul daripada ketegangan geopolitik semasa dan kejutan bekalan global kerana ia boleh menghalang proses pembelian dan penjualan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya