Hotel Raia sasar bufet Ramadan tarik lebih 400 pelanggan sehari

Sasar lebih 400 pelanggan bufet Ramadan sehari

IKAN patin tempoyak Pahang merupakan antara menu istimewa yang disajikan sepanjang Ramadan ini di Hotel Raia, Kuala Nerus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hotel bertaraf empat bintang, Hotel Raia di sini menyasarkan pelanggan bufet Ramadannya melonjak kepada lebih 400 orang sehari susulan peralihan negara ke fasa endemik.

Pengurus Jualannya, Tina Surinda Karim berkata, jangkaan itu mampu dicapai berdasarkan trend pembelian baucar apabila 100 keping laris terjual dalam tempoh seminggu sejak 3 Mac lalu.

Katanya, harga bufet Ramadan yang ditetapkan kali ini bermula daripada RM70 untuk dewasa dan kanak-kanak (RM35) manakala belian awal pula RM56.

“Pada Ramadan kali ini, Hotel Raia menawarkan lebih 50 sajian berkonsepkan warisan Timur dan antara menu istimewa yang disediakan eksekutif chef, Ahmad Nizam Saidin ialah di bahagian Kuali Mok Mung dan Ba’ko.

“Di Kuali Mok Mung, kita menghidangkan ikan patin tempoyak Pahang di samping daging gulai kawah dan perut rebus air asam kerisik manakala di stesen Ba’ko pula terdapat kambing panggang di samping ayam bakar madu,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Tina Surinda, tahun lalu purata pelanggan yang menikmati bufet Ramadan mencecah 400 orang sehari walaupun berdepan kekangan pandemik Covid-19.

Katanya, tradisi solat Tarawih masih diteruskan di hotel berkenaan sekali gus memudahkan pelanggan beribadah selepas selesai berbuka puasa di Dewan Baiduri.

Di samping itu, katanya, tempahan bilik sepanjang bulan Ramadan kini mencecah 60 peratus menerusi tawaran istimewa pakej berbuka dan bersahur.

“Dengan harga serendah RM195, pelanggan individu berpeluang menginap sambil berbuka dan bersahur di Hotel Raia manakala bagi bilik Deluxe pula, kadar dikenakan adalah RM145 untuk seorang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×